Seo Services

Tragedi Taman Teman Ohio Ragut 1 Nyawa



OHIO: Sekurang-kurangnya seorang pengunjung maut manakala beberapa mangsa lagi cedera selepas alat permainan yang mereka naiki rosak di sebuah taman tema di sini pada Rabu.

Ketua Bomba Ohio, Steve Martin, memberitahu media tempatan bahawa mangsa tercampak dari alat permainan yang dikenali sebagai tunggangan ‘bebola api’ di Taman Tema Ohio yang terletak di Columbus.

Tambahnya, tiga mangsa turut dilaporkan mengalami kecederaan parah akibat insiden itu.

Gabenor Ohio, John Kasich mengesahkan kejadian terbabit dan alat permainan jenis tunggangan di taman tema itu ditutup sehingga siasatan selesai dijalankan.

Satu rakaman video yang tular di Internet menunjukkan salah satu tempat duduk alat permainan itu tercabut dan melambung ke udara sebelum terhempas dengan kuat.

Kesahihan video itu masih belum dapat dipastikan. - BBC
Tragedi Taman Teman Ohio Ragut 1 Nyawa Tragedi Taman Teman Ohio Ragut 1 Nyawa Reviewed by uMieySurianie on July 27, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.