Seo Services

Unit Integriti dan Tadbir Urus di GLC: PM



KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menubuhkan Unit Integriti dan Tadbir Urus di semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC), negeri dan entiti perniagaan milik kementerian, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, unit di bawah pengawasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu diyakini dapat meningkatkan keyakinan terhadap Malaysia.

Beliau berkata, penubuhan unit itu juga adalah maklum balas terhadap komuniti perniagaan yang mahukan komitmen kerajaan terhadap pembaharuan semula yang amat diperlukan.

"Komuniti perniagaan mahukan jaminan bahawa kerajaan komited terhadap penambahbaikan bersesuaian, selain konsisten dalam mewujudkan budaya keusahawan.

"Mereka juga mahukan ketelusan, kebertanggungawaban dan pengawalan yang baik.

"Pasaran, masyarakat perniagaan dan syarikat mahukan kekuatan serta kestabilan. Mereka mahu kerajaan memberi jaminan kemakmuran rakyat dapat dipenuhi secara mesra perniagaan, manakala pelaburan langsung asing (FDI) yang diperoleh tidak menjejaskan kedaulatan negara walau seinci sekalipun," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama perasmian Invest Malaysia Kuala Lumpur 2017 (IMKL 2017) di sini, hari ini.

Perdana Menteri turut mengumumkan, kerajaan akan menamakan syarikat senaraian awam (PLC) yang tidak mempunyai wanita dalam barisan lembaga pengarah mulai tahun depan.

Beliau berkata, kerajaan akan berbuat demikian bagi menggesa syarikat terbabit menyelesaikan isu kekurangan kepelbagaian gender dalam lembaga pengarah.

"Kita masih mempunyai 17 daripada 100 PLC terkemuka yang belum mempunyai wanita dalam lembaga pengarahnya," katanya.-BHarianOnline
Unit Integriti dan Tadbir Urus di GLC: PM Unit Integriti dan Tadbir Urus di GLC: PM Reviewed by Unknown on July 25, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.