KUALA LUMPUR: Orang ramai diminta tidak terpengaruh dengan permainan politik pembangkang yang cuba menimbulkan persepsi bahawa kerajaan mengalami kekurangan stok bekalan vaksin bagi membendung masalah wabak penyakit rabies di negara ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam menegaskan bahawa bekalan vaksin rabies untuk kegunaan manusia kini mencukupi dan daripada lebih 8,000 vial vaksin yang dihantar ke Sarawak, hanya 2,000 vial telah digunakan.
Jelasnya, terdapat beberapa pihak khususnya daripada pembangkang cuba memesongkan fakta berhubung pendirian dan langkah diambil kerajaan dalam membendung wabak tersebut.
"Mengikut prosedur operasi standard (SOP) bagi menangani wabak ini, mereka yang digigit haiwan di lokasi diisytiharkan dalam kawasan lokaliti rabies akan diberikan vaksin.
"Keputusan untuk memberikan vaksin juga dibuat doktor berdasarkan bukti saintifik dan SOP," katanya dalam sidang akhbar di Parlimen sebentar tadi.
Terdahulu, Oscar Ling Chai Yew (Sibu) dalam sidang Dewan Rakyat mendakwa terdapat kes yang mana mangsa gigitan anjing tidak diberikan vaksin oleh doktor, menunjukkan bekalan vaksin rabies tidak mencukupi. - K! ONLINE
Vaksin Rabies Mencukupi
Reviewed by Unknown
on
July 25, 2017
Rating:
No comments: