KUCHING: Seramai 444 murid dari tiga sekolah rendah di Hulu Rejang dan Bintulu bercuti hari ini berikutan sekolah mereka ditutup akibat banjir.
Sekolah berkenaan membabitkan dua di Hulu Rejang iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Kebulu yang mempunyai 48 murid dan SK Bukit Balai (364) serta SK Kuala Sigu di Bintulu (32).
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, 435 murid di enam lagi sekolah di empat kawasan terjejas akibat banjir, namun masih dibenarkan beroperasi.
Tiga daripada sekolah yang terjejas terletak dalam Bintulu iaitu SK Sungai Genaan (38 murid), SK Bukit Mawang (47) dan SK Kuala Binyo (47).
Turut terjejas SK Long Bemang di Hulu Baram (103), SK Nanga Balingiau, Kanowit (105) dan SK Ukong di Limbang (95).
Sementara itu, tujuh rumah panjang di Hulu Mukah terputus hubungan apabila Jambatan Mejat runtuh dilanda arus deras selepas hujan lebat.
Rumah panjang terbabit ialah Rumah Sebli, Rumah Pengarah, Rumah Jani, Rumah Uban, Rumah Empawok, Rumah Angga dan Rumah Luchong. - BHOnline
3 Sekolah Di Sarawak Tutup Akibat Banjir
Reviewed by Azmin
on
August 15, 2017
Rating:
No comments: