KOTA KINABALU: Seorang kanak-kanak berusia lima tahun mengalami detik mencemaskan apabila jari hantu tangan kanannya tersepit alat permainan fidget spinner dalam kejadian di rumahnya di pekan Kota Belud di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.50 petang itu, mangsa yang dihantar ke Hospital Kota Belud terpaksa mendapatkan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kota Belud bagi memotong permainan tersebut.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Roslan Osman, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari Hospital Kota Belud pada pukul 6.59 petang.
“Seramai lapan anggota dikerah ke hospital berkenaan dan sebaik sahaja tiba kita mendapati jari tengah mangsa tersepit membengkak kerana tersangkut pada alat permainan spinner.
“Kita mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan jari mangsa dengan menggunakan kikir besi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Tambahnya, sebaik sahaja berjaya mengeluarkan alat permainan itu mangsa kemudiannya menerima rawatan lanjut di hospital berkenaan.- Utusan Online
Jari Tangan Kanak-Kanak Lelaki Tersepit Spinner
Reviewed by uMieySurianie
on
August 15, 2017
Rating:
No comments: