KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengucapkan tahniah kepada skuad bola sepak negara yang berjaya mengalahkan Brunei dalam perlawanan bola sepak Sukan SEA 2017 (KL2017) malam tadi.
"Tahniah pasukan bola sepak, 3 mata berharga. Teruskan prestasi ! #BangkitBersama#KL2017," kata beliau menerusi laman Twitternya.
Malaysia membuka kempen temasya KL2017 dengan meraih kemenangan tipis 2-1 ke atas Brunei pada perlawanan Kumpulan A di Stadium Shah Alam, Selangor.
Malaysia turun dengan penuh bersemangat di hadapan 8,000 penonton dan membuka jaringan seawal minit keempat menerusi jaringan volley menarik Muhammad Safawi Rasid hasil hantaran kemas sebelah kanan oleh Matthew Davies.
Berselang lapan minit kemudian, Brunei berjaya mengikat kedudukan menerusi Mohamed Zulkhairy Hady Razali yang bijak meloloskan diri dari perangkap offside sebelum melepaskan rembatan menewaskan penjaga gol negara, Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim.
Malaysia menarik nafas lega selepas Adam Nor Azlin yang tidak dikawal bijak meluru ke arah gawang untuk menanduk masuk gol kemenangan negara pada minit ke-60, hasil sepakan sudut Muhammad Safawi. - BERNAMA
Tahniah, Tiga Mata Berharga - PM
Reviewed by Azmin
on
August 15, 2017
Rating:
No comments: