Seo Services

Afifah Digesa Minta Maaf Secara Terbuka



Semalam, penyanyi Aliff Aziz dalam satu sidang media khas mengaku dia dan pelakon baharu, Afifah Nasir keluar berdua dan pergi ke sebuah pusat karaoke di Cheras, Khamis lalu bukan atas urusan kerja seperti didakwa pelakon wanita itu.

Menerusi laporan Harian Metro, sebahagian besar netizen memberikan reaksi menggesa Afifah Nasir meminta maaf secara terbuka.

Tidak kurang juga yang mahu kakak Afifah, Anzalna yang juga pelakon meminta maaf terhadap Bella kerana mengeluarkan kenyataan seolah menuduh wanita itu diserang meroyan selepas bersalin ketika membalas komen seorang pengikut di Instagram, Khamis lalu.

Komen Anzalna menerima kecaman hebat daripada netizen sebelum pelakon itu bertindak meletakkan akaun Instagram miliknya dalam mod privasi bagi mengelak keadaan bertambah keruh.

Terdahulu, Anzalna memuat naik status di Instagram memberitahu menyiasat dakwaan Afifah menjalin hubungan sulit dengan Aliff dan mahu adiknya meminta maaf serta bertaubat sekiranya didapati bersalah.

Dalam pada itu, ramai netizen memuji tindakan isteri Aliff, Bella Astillah memaafkan Aliff dan mendoakan pasangan terbabit menjalani kehidupan yang bahagia. - MD



Afifah Digesa Minta Maaf Secara Terbuka Afifah Digesa Minta Maaf Secara Terbuka Reviewed by uMieySurianie on August 01, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.