Seo Services

AirAsia Promosi Tambang Ke Indonesia


SYARIKAT penerbangan tambang murah, AirAsia Berhad komited membawa masuk 1.5 juta penumpang dari Malaysia ke Indonesia, menerusi kerjasama dengan Kementerian Pelancongan Republik itu.

Kerjasama itu bertujuan memacu sektor pelancongan dengan promosikan Indonesia ke Malaysia hingga akhir 2017.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Aireen Omar berkata, kerjasama ini merupakan pasaran yang baik kerana Indonesia ada banyak potensi untuk meningkatkan pertumbuhan penumpang sedia ada.

"Kami bukan sahaja boleh membawakan penumpang dari Malaysia, tetapi juga penumpang dari negara luar termasuk Australia, Korea, Thailand, India, Timur Tengah dan negara Asean lain.

"Aila ada peningkatan penumpang, kami mungkin melihat potensi lain untuk teruskan lebih banyak kerjasama dengan Indonesia," katanya pada majlis kerjasama Kementerian Pelancongan Republik Indonesia dan AirAsia di Shah Alam.

AsiaAsia menyambungkan Malaysia dengan Indonesia dengan lebih 350 kali penerbangan seminggu. AirAsia turut tawar promosi penerbangan ke Indonesia dengan tambang serendah RM79 tempahan bermula semalam sehingga 6 Ogos. -SH
AirAsia Promosi Tambang Ke Indonesia AirAsia Promosi Tambang Ke Indonesia Reviewed by Unknown on August 02, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.