OSLO – Satu kelompok antipendatang Muslim di Norway menjadi bahan jenaka setelah mendakwa konon deretan kerusi bas yang kosong adalah sekumpulan wanita Islam yang memakai burka.
Foto yang disebarkan menerusi satu kumpulan tertutup Facebook setempat dikenali sebagai Fedrelandet Viktigs atau ‘Tanah Air Utama’ itu malahan memicu perdebatan rasis cukup panas dalam kalangan anggotanya sendiri.
Inilah berlaku akibat kebencian ekstrem terhadap ajaran Islam, foto yang menjadi bahan perbahasan mereka itu seolah-olah memperlihatkan beberapa wanita Muslim berburka sedang duduk di dalam sebuah bas awam tempatan.
“Apa yang akan dilakukan rakyat Norway jika lihat gambar ini?” demikian tulis seseorang yang memuat naik foto itu ke akaun media sosial tersebut sebagai mencetuskan kemarahan terhadap pendatang Islam menggunakan bas.
Dia kemudian menyatakan bahawa foto itu adalah sekadar tinjauan untuk melihat bagaimana reaksi beberapa orang netizen kerana gambar yang dimuatnaiknya sebenarnya hanya sederet kerusi bas yang kosong tanpa penumpang.
Johan Slattavik, individu bertanggungjawab memuat naik foto itu, menjelaskan, reaksi keterlaluan netizen anti-Islam yang diberikan segelintir anggota kumpulan tersebut membuatnya tertawa di samping juga amat terkejut.
“Saya hanya ingin lihat apa yang terjadi dan nyata saya sangat terperanjat dengan tanggapan rasis orang ramai,” ujar beliau. Sebahagian besar anggota grup itu membuat komentar berbaur menakutkan, mengerikan atau tragis.
“Ternampak sangat menyeramkan, mereka harus dilarang menaiki bas. Anda tidak akan pernah tahu siapa yang ada di sebalik cadar gelap itu. Boleh saja pengganas membawa senjata,” ujar seorang anggota kumpulan Facebook itu.
Foto ‘wanita berburka’ itu muncul ekoran pemerintah Norway berhaluan kanan mengajukan usul di Parlimen untuk melarang pemakaian hijab menutup wajah dalam kalangan penganut Islam yang berhijrah dari luar negara.
Pakaian wanita Muslim seperti burka bahkan menjadi perdebatan berkaitan masalah integrasi antara imigran Islam yang tegar dengan warisan asal mereka dengan budaya sekular Eropah selama beberapa tahun kebelakangan ini.
Perancis menjadi negara pertama di Eropah melaksanakan larangan burka secara rasmi pada 2011 diikuti Belgium dan Bulgaria. Manakala Itali, Sepanyol, Denmark dan Switzerland melarang burka di beberapa lokasi awam.
Sementara itu, parlimen Jerman, Austria dan Belanda juga mahu larangan burka secara tempat tertentu tetapi sehingga kini belum ada undang-undang khusus di tiga buah negara tersebut. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Akibat Benci Islam, Kerusi Disangka Wanita Burka
Reviewed by uMieySurianie
on
August 31, 2017
Rating:
No comments: