Seo Services

Ambil Tindakan Segera Jika Haiwan Kesayangan Tunjuk Tanda Tidak Normal


Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak menasihati orang ramai agar segera mengambil tindakan sekiranya haiwan kesayangan menunjukkan tanda tidak normal.

“Sila laporkan kepada Jabatan Veterinar sekiranya haiwan kesayangan anda menunjukkan tanda-tanda tidak normal seperti gangguan mental atau perubahan sikap, menjadi garang dan menggigit, air liur meleleh, berhenti makan dan minum, lumpuh dan mati serta takut kepada air (Hydrophobia),” kata jurucakap JPBN.

Memetik laporan Utusan Borneo, jurucakap JPBN berkata, sebanyak 23,285 haiwan yang merangkumi 15,645 ekor anjing, 7,595 ekor kucing serta 45 ekor haiwan lain telah divaksin.

“Orang ramai dinasihati mengambil tindakan selepas pemvaksinan rabies seperti kurungkan haiwan kesayangan anda setelah divaksin sekurang-kurangnya 28 hari dan jangan mandikan haiwan kesayangan selepas vaksin selama lima hari,"

Sementara itu, pihak JPBN menambah strategi pencegahan dengan menyekat pergerakan haiwan khususnya anjing keluar dari kawasan wabak ke kawasan lain atau masuk ke kawasan wabak

"Setakat ini sebanyak 545 ekor anjing dan kucing liar juga telah ditangkap,"

Selain itu, pengawalan lain adalah seperti mewujudkan ‘immunity belt’ untuk menyekat penyebaran ke kawasan tengah dan utara negeri ini termasuk vaksinasi haiwan dan pemantauan di kawasan wabak serta aktiviti kesedaran masyarakat. - Sarawakiana



Ambil Tindakan Segera Jika Haiwan Kesayangan Tunjuk Tanda Tidak Normal Ambil Tindakan Segera Jika Haiwan Kesayangan Tunjuk Tanda Tidak Normal Reviewed by Unknown on August 01, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.