Seo Services

Anggota Rela Maut Tertembak Diri Sendiri


KOTA BHARU: Seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) maut akibat tertembak diri sendiri ketika menunggang motosikal di Kampung Kolam, Tok Uban, Pasir Mas awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.45 pagi, Mohd. Rodin Hashim, 45, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di leher.

Difahamkan, senapang patah yang diletakkan dalam raga motosikal meletup dengan sendiri menyebabkan pelurunya mengenai leher depan mangsa yang ketika itu menunggang motosikal bersama isterinya.

Ketua Polis negeri, Datuk Hasanuddin Hasan ketika mengesahkan kejadian berkata, mangsa dalam perjalanan ke kawasan hutan tidak jauh dari rumahnya untuk aktiviti berburu.

“Siasatan awal mendapati mangsa mempunyai lesen senjata api yang sah. Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk bedah siasat.-Utusan Online
Anggota Rela Maut Tertembak Diri Sendiri Anggota Rela Maut Tertembak Diri Sendiri Reviewed by Unknown on August 02, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.