MIRI: Projek perintis 'Belon Internet' yang akan dilaksanakan di kawasan pedalaman Long San akan menjadi bukti komitmen tinggi kerajaan negeri dalam menaik taraf kemudahan komunikasi di Sarawak.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau, Telang Usan boleh dianggap sebagai sempadan terakhir dalam istilah pembangunan Sarawak.
"Ia bukan perkara mudah memandangkan kawasan Telang Usan terletak jauh di pedalaman dan usaha membawa pembangunan ke kawasan tersebut penuh dengan ranjau dan cabaran," katanya
Memetik laporan Utusan Borneo, Dennis menjelaskan tumpuan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg dalam mengatasi jurang komunikasi melalui pelancaran projek perintis 'Belon Internet' amat dialu-alukan.
Tambah Dennis, sekiranya projek perintis itu nanti berjaya dilaksanakan di Long San yang penuh cabaran itu, dia percaya sistem tersebut akan dapat dilaksanakan di kawasan lain di seluruh negeri Sarawak.
"Kita amat berterima kasih kepada Abang Johari kerana memilih Long San untuk pelaksanaan projek perintis ini," jelasnya. - Sarawakiana
'Belon Internet' - Projek Perintis Naik Taraf Komunikasi Hulu Baram
Reviewed by Azmin
on
August 15, 2017
Rating:
No comments: