SIBU: Kerajaan Persekutuan meluluskan sejumlah RM55 juta untuk daerah Song bagi melaksanakan projek kecil luar bandar (MRP) sejak 2011 hingga 2017.
Memetik laporan Utusan Borneo, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Alexander Nanta Linggi berkata jumlah tersebut jauh lebih besar berbanding daerah-daerah lain di negeri ini.
Menurutnya, ianya tidak termasuk projek pembekalan elektrik, jalan raya dan RISDA menelan perbelanjaan ratusan juta ringgit.
“Ini hanya melibatkan projek-projek kecil seperti pembinaan jalan simen yang siap dilaksanakan,” katanya pada Program Kasihi Pekebun RISDA Bahagian Sibu 2017 di RH Cecelia Bunsu, Nanga Kebiau, Song kelmarin.
Nanta memberitahu, kerajaan sentiasa komited membantu rakyat khususnya di luar bandar dengan merencanakan pelbagai projek.
Tambahnya lagi, usaha murni kerajaan bagaimanapun sengaja dinafikan oleh pihak tertentu termasuk pembangkang.
“Mereka (pembangkang) lebih kepada kepentingan politik termasuk tidak menjelaskan fakta yang betul,” ujarnya.
Katanya, beliau tidak menafikan hasrat orang lain yang ingin berkarya dalam pentas politik memandangkan Malaysia mengamalkan konsep demokrasi.
“Namun, jangan amalkan politik berbohong sehingga sanggup memfitnah dan mengelirukan orang lain,” katanya. – Sarawakiana
Kerajaan Persekutuaan Luluskan RM55 Juta Untuk Daerah Song
Reviewed by uMieySurianie
on
August 15, 2017
Rating:
No comments: