Belum seminggu terjual menu baru aiskrim McDonald’s, Durian McFlurry D24 kehabisan stok selepas menerima sambutan hebat pelanggan.
Francais makanan segera terbesar itu mengumumkan pencuci mulut itu mendapat permintaan lima kali ganda dari jangkaan, dan hanya akan kembali semula tahun depan.
“Disebabkan produk ini dihasilkan dari buah durian D24 sebenar, kami kehabisan stok untuk tahun ini.
“Namun kami berjanji untuk menjualnya semula pada 2018,” kata McDonald’s Malaysia dalam Facebook hari ini.
Durian McFlurry D24 mula dijual 24 Ogos lalu pada harga RM7.99.
Sebelum ini menu ayam goreng McD seluruh negara kehabisan bekalan kerana permintaan tinggi, menyebabkan restoran itu terpaksa menutup jualan menu itu seminggu. - MalayMail
Belum Seminggu Aiskrim Durian McD Habis Stok, Dijual Semula 2018
Reviewed by Unknown
on
August 30, 2017
Rating:
No comments: