SYDNEY: Lebih separuh pelajar universiti di Australia berhadapan gangguan seksual tahun lalu dan tujuh peratus daripadanya diserang secara seksual sekurang-kurangnya sekali, menurut kajian yang didedahkan hari ini.
Hasil kajian disiarkan dalam laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Australia, dilakukan bagi pihak 39 universiti di negara itu yang menyoal selidik lebih 30,000 pelajar selepas beberapa tahun aktiviti dilakukan kumpulan wanita untuk mengetahui sejauh mana masalah berkenaan.
Wanita berhadapan serangan seksual tiga kali lebih tinggi berbanding lelaki dan hampir dua kali lebih berisiko mengalami gangguan, sama ada di kampus, dalam perjalanan pergi dan balik universiti atau di majlis kampus yang dibenarkan institusi berkenaan.
"Kesimpulan data yang tidak dapat dielakkan adalah kejadian serangan dan gangguan seksual berlaku pada kadar tidak dapat diterima di universiti Australia.
"Walaupun sesiapa saja boleh mengalaminya, jelas daripada data bahawa pelajar wanita berhadapan perkara itu pada kadar lebih tinggi daripada lelaki," kata Pesuruhjaya Diskriminasi Seks, Kate Jenkins.
Katanya, ia menambah bukti jelas yang menonjolkan kadar gangguan seksual yang mengganggu terhadap wanita di Australia.
Laporan berkata, hampir satu pertiga gangguan berlaku di universiti atau di ruang belajar, manakala satu daripada lima serangan berlaku di universiti atau majlis sosial.
Universiti di Australia, yang menarik lebih sejuta pelajar, amat popular dalam kalangan pelajar antarabangsa, terutama dari China dan India. - AFP
Gangguan seksual di universiti Australia membimbangkan
Reviewed by Azmin
on
August 01, 2017
Rating:
Reviewed by Azmin
on
August 01, 2017
Rating:

No comments: