JAKARTA: Polis Indonesia telah menahan lebih 150 warga China kerana dipercayai terlibat dengan penipuan wang yang dianggarkan bernilai kira-kira AS$450 juta (RM1.9 bilion).
Jurucakap polis Jakarta, Argo Yuwono berkata, sindiket antarabangsa itu dikatakan menjalankan penipuan tersebut secara dalam talian.
“Maklumat ini pada mulanya didedahkan oleh jabatan polis di China. Jadi, siasatan mengenai kes ini dijalankan secara bersama,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.
Difahamkan, kesemua suspek termasuk beberapa warga Indonesia ditahan dalam empat serbuan di lokasi berbeza iaitu di Jakarta, Surabaya, Batam dan Bali sepanjang minggu ini.- REUTERS
Indonesia: 150 Suspek Ditahan Susulan Penipuan Wang RM1.9 Bilion
Reviewed by uMieySurianie
on
August 02, 2017
Rating:
Reviewed by uMieySurianie
on
August 02, 2017
Rating:

No comments: