WASHINGTON: Pemain nombor satu Amerika Syarikat (AS), John Isner, yang meraih dua kejuaraan berganda dalam tempoh dua minggu ketika saingan di Newport dan Atlanta, menarik diri daripada ATP Terbuka Citi berikutan kecederaan lutut kanan.
Pada saingan di Newport, pemain berusia 32 tahun itu menewaskan pemain Australia, Matthew Ebden dan menundukkan rakan senegara, Ryan Harrison pada final Atlanta.
Sekalipun diletak sebagai pilihan kesembilan dan menerima bye pada pusingan pertama, kecederaan dialami memaksanya menarik diri daripada saingan di Washington.
Ketiadaan Isner menyaksikan hanya sembilan daripada 20 pemain terbaik dunia berada dalam senarai peserta di kejohanan itu. - AFP
Isner Tarik Diri Akibat Kecederaan Lutut
Reviewed by Azmin
on
August 01, 2017
Rating:
Reviewed by Azmin
on
August 01, 2017
Rating:

No comments: