Remaja lelaki ditahan selepas didapati membakar dan membaling mercun bola selepas perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA 2017 antara Malaysia dan Thailand di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata, pelajar sekolah menengah berusia 16 tahun itu diberkas anggota polis yang melakukan rondaan dan melihat suspek membakar dan melontarkan dua mercun di lokasi luar Kuadron A, Aras 3 stadium berkenaan pada 10.50 malam.
"Ketika ditahan, polis turut menemui satu pemetik api dari genggaman remaja terbabit.
"Penahanan itu kemudian membawa kepada penemuan 40 lagi mercun bola di rumahnya di Klang, 8 pagi tadi," katanya pada sidang media di pejabatnya di Shah Alam, hari ini.
Hadir sama, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat.
Menurut beliau, suspek direman selama dua hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957.
"Kertas siasatan yang dilengkapkan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut," katanya.
Dalam pada itu, kata Mazlan, pihaknya sedang mengesan lelaki berusia 20-an yang disyaki turut membaling mercun ketika berlangsung perlawanan bola sepak separuh akhir antara Malaysia dan Indonesia, Sabtu lalu.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai individu itu diminta tampil menyalurkannya di balai polis berdekatan.-myMetro
Kantoi Baling Mercun Bola Selepas Final
Reviewed by Unknown
on
August 30, 2017
Rating:
No comments: