Seo Services

KDN Larang 8 Penerbitan



PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan Perintah Larangan terhadap lapan penerbitan berikutan kandungannya mungkin memudaratkan ketenteraman awam, moral dan kepentingan awam serta menggemparkan pemikiran orang ramai.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim, berkata Perintah Larangan terhadap penerbitan dari dalam dan luar negara itu dibuat menerusi Warta Kerajaan bertarikh 22 dan 23 Mac 2017, mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301).

Beliau berkata, lima penerbitan didapati mengandungi fakta mengelirukan dan bertentangan dengan ajaran serta akidah Islam mengikut Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah yang ditetapkan di negara ini.

Katanya, lima daripada tajuk penerbitan itu adalah 'Isu Semasa Dalam Risalah: Hukum Barat Pun Islam', 'Isu Semasa Dalam Risalah: Konsep Kebebasan dan Agama', 'Menuju Reformasi Perundangan Islam', 'Zainab Srikandi Cucu Baginda Muhammad SAW' serta 'Imam Mahdi Yang Ditunggu Dan Malapetaka Akhir Zaman'.

"Penerbitan ini dilihat boleh mengelirukan orang ramai dan dikategorikan sebagai menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Alwi berkata, dua penerbitan lain turut dikesan mempunyai unsur menghina Islam dan negara serta mungkin memberi implikasi negatif dari sudut keselamatan negara.

Katanya, ia membabitkan penerbitan 'Al-Yahud: Eternal Islamic Enmity & The Jews' dan 'From Majapahit to Putrajaya: Searching for Another Malaysia'.

"Satu lagi penerbitan yang kandungan atau artikelnya berunsur seks serta memuatkan gambar lucah keterlaluan dilihat tidak sesuai dengan norma kehidupan masyarakat Malaysia bertajuk 'Saucy Seaside Postcards'" katanya.

Beliau berkata, mana-mana pihak yang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam milikannya semua penerbitan berkenaan boleh dipenjara tidak lebih tiga tahun atau didenda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.- Berita Harian

KDN Larang 8 Penerbitan KDN Larang 8 Penerbitan Reviewed by uMieySurianie on August 02, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.