Seo Services

Lelaki Bunuh Diri Selepas Lepaskan Tembakan Di Konsulat China



LOS ANGELES: Seorang lelaki melepaskan tembakan di luar bangunan konsulat China di sini pada Rabu, sebelum bertindak membunuh diri di kawasan parkir kereta berdekatan, kata polis.

Tiada kecederaan lain dilaporkan dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 6 pagi sebelum konsulat dibuka, kata Pegawai Michael Lopez dari Jabatan Polis Los Angeles.

Lopez berkata lelaki terbabit ditemui mati d idalam keretanya dan mempunyai kesan tembakan.

Pihak berkuasa belum mengenalpasti identiti penembak dan mempunyai beberapa butiran lain mengenai kejadian itu. Lopez berkata polis pada kebiasaannya tidak memberikat maklumatlanjut berkaitan kes bunuh diri.

Pada tahun 2011, seorang warganegara A.S yang berasal dari China telah ditangkap selepas polis mengatakan bahawa dia melepaskan tembakan di bangunan yang sama dengan pistol. Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut. - Awani
Lelaki Bunuh Diri Selepas Lepaskan Tembakan Di Konsulat China Lelaki Bunuh Diri Selepas Lepaskan Tembakan Di Konsulat China Reviewed by uMieySurianie on August 02, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.