Seo Services

'Orang Meluat Dengan Kecemerlangan Saya'



LISBON: Penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo, menyifatkan kecemerlangannya dicemburui ramai dan menyebabkan orang meluat.

Kenyataan itu dibuat sehari selepas dia disoal oleh hakim Sepanyol yang menyiasat sama ada dia cuba mengelak membayar cukai jutaan euro.

"Apa yang mengganggu orang ialah kecemerlangan saya, serangga hanya menyerang lampu yang bercahaya!" kata pemain Portugal itu menerusi mesej Instagram yang menerima jutaan 'likes' selepas sejam.

Isnin lalu, Ronaldo menghabiskan 90 lalu menjawab soalan hakim, Monica Gomez, pada pendengaran tertutup di Pozuelo de Alarcon, kejiranan kaya di Madrid tempat pemain itu menetap.

Pendakwa raya mendakwa pemain terbaik dunia empat kali itu cuba mengelak cukai 14.7 juta euro (RM74.38 juta).

Menerusi kenyataan wakilnya, Ronaldo, 32, menafikan semua salah laku dan sentiasa membayar kembali cukai dan tidak pernah berniat mengelak berbuat demikian.

Akhbar harian Sepanyol, El Mundo. berkata pemain itu - atlet paling banyak menerima bayaran di dunia menurut majalah Forbes - menyatakan dia disiasat atas kedudukan dirinya.

"Saya berada di sini kerana nama saya Cristiano Ronaldo," kata pemain itu kepada hakim.

Ronaldo sepatutnya menemui wartawan yang berhimpun di luar mahkamah selepas pendengaran itu namun jurucakapnya, Inaki Torres, tampil dan mengumumkan pemain itu dalam perjalanan pulang, menyebabkan wakil media hampa.


- Agensi

'Orang Meluat Dengan Kecemerlangan Saya' 'Orang Meluat Dengan Kecemerlangan Saya' Reviewed by Unknown on August 02, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.