Seo Services

Pemetik Kelapa Dipenjara 15 Tahun, Sebat Rogol Anak


Pemetik kelapa dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini, yang menghadapi tuduhan merogol anak kandungnya berusia 14 tahun, bulan lalu.

Hakim Nazri Ismail menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh berusia 41 tahun mengaku bersalah terhadap pertuduhan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol anaknya berusia 14 tahun di ruang dapur sebuah rumah di Kampung Tasek Badang, Kota Bharu, kira-kira 3 petang pada 15 Julai 2017

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan minimum 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norazlinawati Mohd Arshad manakala tertuduh diwakili peguam Hayat Muhamad.-myMetro
Pemetik Kelapa Dipenjara 15 Tahun, Sebat Rogol Anak Pemetik Kelapa Dipenjara 15 Tahun, Sebat Rogol Anak Reviewed by Unknown on August 01, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.