KUCHING: Sebanyak 87 kes gigitan baharu dilaporkan di bahagian Serian, Kuching, Sri Aman dan Samarahan.
Perkara tersebut dimaklumkah oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak ( JKNS) menerusi satu kenyatan akhbar yang dikeluarkan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, semalam.
Menurut kenyataan tersebut sebanyak 63 kes dikesan di bahagian Serian, manakala Kuching (19), Sri Aman (4) dan Samarahan (1).
Ini menjadikan bilangan kes kumulatif gigitan anjing yang berlaku mulai 1 April 2017 sehingga semalam adalah berjumlah 1,342 kes. Secara kumulatif, seramai 749 orang telah menerima suntikan vaksin antirabies.
Semalam, program Pemvaksinan Anjing bagi mengawal penularan wabak Rabies telah diadakan di kawasan Kampung Tesu, Kampung Resu Mawang, Kampung Mongkos ,Serian, dan Kampung Duyoh, Bau.
Secara keseluruhannya, operasi pemvaksinan telah dilakukan ke atas 129 ekor anjing yang menjadikan jumlah haiwan kesayangan yang telah divaksin sehingga hari ini adalah 23,995 ekor yang terdiri daripada 16,355 ekor anjing, 7,595 ekor kucing dan 45 ekor haiwan lain.
Selain itu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) juga setakat ini telah mengadakan sebanyak 142 kempen kesedaran mengenai wabak penyakit Rabies di kampung-kampung dan sekolah dikawasan terlibat yang dihadiri oleh 28,657 orang peserta. – Sarawakiana
RABIES: 87 Kes Gigitan Baru Dikenalpasti
Reviewed by uMieySurianie
on
August 02, 2017
Rating:
Reviewed by uMieySurianie
on
August 02, 2017
Rating:

No comments: