Seo Services

Rancang Diculik, Semata-Mata Uji Kasih Sayang Bapa



BEIJING: Kerana ‘kemaruk’ kasih sayang bapa, seorang pelajar kolej di barat laut China ditahan polis selepas didakwa merancang penculikannya sendiri semata-mata mahu menguji lelaki itu.

Pada malam 13 Julai lalu, ahli keluarga remaja dikenali sebagai Zhu, 18, dari wilayah Shaanxi, itu menerima mesej menerusi aplikasi pesanan ringkas WeChat mengatakan dia diculik, menurut kankanews.com, selepas pergi ke bandar Taizhou di wilayah Jiangsu untuk mencari pekerjaan ketika cuti musim panas.

Keluarganya diarahkan menyerahkan 100,000 yuan (RM64,000) dalam masa sejam untuk menyelamatkan nyawa Zhu, sebelum menerima lagi satu mesej mengatakan: “Hanya tinggal 27 minit. Organ anak lelaki anda bernilai lebih 100,000 yuan. Kami hanya mahu wang. Jangan paksa kami. Kesabaran kami ada hadnya. Ada orang lain mahukan nyawa anak kamu.”

Mesej itu turut disertakan dengan video menunjukkan nyawa Zhu seolah terancam.

Keluarga Zhu menghubungi polis di Taizhou dan ‘mangsa’ dikesan di sebuah hotel di mana remaja itu didapati mendaftar masuk enam hari sebelumnya.

Polis mengesyaki dia dibawa oleh penculik ke lokasi lain kerana panggilan ke telefon bimbitnya tidak dijawab selain biliknya dipenuhi puntung rokok, pakaian dan kesan air.

Bagaimanapun, sekitar jam 7.39 malam, Zhu pulang ke hotel itu dalam keadaan selamat. Dia yang terkejut melihat polis memberitahu mereka penculikan itu satu gurauan.

Rupanya, sepanjang di Taizhou, Zhou menghabiskan semua wangnya tetapi masih gagal mendapat pekerjaan.

Keluarganya yang bergegas ke bandar itu selepas tahu mengenai kejadian terpaksa kembali ke rumah mereka secepat mungkin kerana nenek Zhu dimasukkan ke hospital susulan berita penculikan palsu itu.-Agensi
Rancang Diculik, Semata-Mata Uji Kasih Sayang Bapa Rancang Diculik, Semata-Mata Uji Kasih Sayang Bapa Reviewed by Unknown on August 02, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.