Seo Services

Sukan SEA: Upacara Penutup Penuh Makna


Hanya kurang beberapa jam sebelum Sukan SEA Kuala Lumpur melabuhkan tirainya, rata-rata barisan atlet negara sudah tidak sabar untuk sekali lagi berarak di hadapan ribuan penyokong bagi menyaksikan satu lagi detik bersejarah buat Malaysia.

Antara yang menzahirkan keterujaan adalah pemain bola jaring negara kerana mereka adalah antara atlet yang tidak menyertai perbarisan kontinjen Malaysia berarak masuk ke Stadium Nasional Bukit Jalil ketika upacara pembukaan, 19 Ogos lalu.

Menjelang acara penutupan malam ini, ia menjadi lebih bermakna buat mereka di atas pelbagai kejayaan dicipta, termasuk menewaskan Singapura untuk merangkul emas dan mengukir sebahagian daripada sejarah sukan Malaysia yang menyumbangkan keseluruhan 145 pingat emas bagi edisi kali ini.

“Saya sangat teruja kerana kami mahu melihat bagaimana keadaan stadium. Kami pun tidak pernah masuk ketika pembukaan hari itu,” kata Nur Farihah Razak.

Turut berkongsi kegembiraan untuk upacara malam ini adalah atlet tinju, Muhammad Fuad Redzuan, yang juga tidak dapat menyertai kontinjen Malaysia dalam upacara pembukaan.

“Kami akan berjalan dengan rasa bangga kerana berjalan sebagai juara selain sebagai tuan rumah.”

Malaysia menghantar jumlah atlet paling ramai untuk Sukan SEA ini dengan keseluruhan 849 atlet.-StadiumAstro
Sukan SEA: Upacara Penutup Penuh Makna Sukan SEA: Upacara Penutup Penuh Makna Reviewed by Unknown on August 30, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.