MELAKA: Seorang tukang kebun sekolah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, di sini, atas dua tuduhan mencabul wanita yang juga rakan sekerjanya, bulan lalu.
Tertuduh Nordin Harun, 53, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Norina Maludin selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap wanita berusia 25 tahun dengan menepuk punggung mangsa dengan niat mencabul kehormatan mangsa jam 9 pagi, 9 Ogos lalu.
Pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa melakukan perbuatan sama terhadap mangsa sama dengan memegang bahu, paha, dan menepuk punggung wanita itu dengan niat mencabul kehormatannya jam 9.15 pagi 22 Ogos lalu.
Kedua-dua perbuatan itu dilakukan di stor, Blok D, Sekolah Menengah Kebangsaan Klebang Besar, di sini.
Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun atau denda atau sebat.
Selepas mendengar hujah dan rayuan kedua-dua pihak, Norina menawarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 4 Oktober sebagai tarikh serahan dokumen dan lantikan peguam.-myMetro
Tak Mengaku Tepuk Punggung Rakan
Reviewed by Unknown
on
August 30, 2017
Rating:
No comments: