Kerajaan negeri bakal mentransformasikan bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) lama sebagai Pusat Persembahan Seni.
Memetik laporan Utusan Borneo, Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, dengan menaik taraf bangunan DUN lama memboleh masyarakat di bandaraya Kuching berinteraksi dengan lebih mudah.
“Satu-satunya projek yang agak besar mahu kita laksanakan adalah mentransformasikan bangunan DUN Lama sebagai pusat persembahan seni, bagi membolehkan golongan muda dan generasi baharu mempamerkan budaya unik di Sarawak sebagai asas perpaduan kita,” katanya.
“Saya yakin perancangan yang kita laksanakan ini akan mentransformasikan Kuching sebagai bandar raya unik yang amat menarik selain mesra individu,” katanya.
Tambahnya, ia juga akan dapat menarik leibh ramai pelancong berkunjung ke bandaraya ini.
"Apatahlagi kawasan berkenaan akan dihubungkan dengan jambatan di hadapan Kompleks DUN baharu yang terus ke Tebingan Kuching di seberang sungai sehingga ke kawasan tarikan lain di tengah bandar termasuk hingga ke Padungan," katanya. - Sarawakiana
Transformasi DUN Lama Sebagai Pusat Persembahan Seni - Abg Jo
Reviewed by Unknown
on
August 02, 2017
Rating:
Reviewed by Unknown
on
August 02, 2017
Rating:

No comments: