Seo Services

Trump Bantu Anak Rangka Kenyataan Mengelirukan


WASHINGTON: Rumah Putih mengaku Presiden Donald Trump membantu merangka kenyataan mengelirukan mengenai pertemuan anak lelakinya dengan peguam yang ada kaitan dengan Kremlin.

Ia sekali gus menjadikan krisis berkaitan hubungan pasukan kempennya dengan Russia semakin mendalam.

Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Sarah Sanders, berkata Trump 'terbabit, memberi cadangan, seperti yang dilakukan seorang bapa.'

Campur tangan peribadi Trump, dilaporkan buat kali pertama oleh akhbar Washington Post, mencetuskan keraguan mengenai dakwaan beliau tidak tahu menahu pertemuan ketika kempen pilihan raya presiden 2016 yang kini menjadi tumpuan siasatan persekutuan.

Ia juga menggambarkan bahawa presiden sedar mengenai skandal itu, dan mahu memastikan ia bukan perkara besar.

Sekutu bimbang pembabitan tahap itu, jika terbukti, akan meletakkan hartawan itu dalam masalah undang-undang.

Secara politiknya, ia cuma akan meningkatkan dakwaan Rumah Putih cuba menutup kaitannya dengan kerajaan luar yang dituduh cuba mempengaruhi pilihan raya November lalu supaya memberi kemenangan kepada Trump.

Peguam Trump, Jay Sekulow, menyifatkan laporan itu sebagai 'salah maklumat'.

E-mel menunjukkan Donald Jr, menantunya, Jared Kushner dan pengurus kempennya ketika itu, Paul Manafort, bertemu pegawai yang ada kaitan dengan Kremlin pada Jun 2016 dengan harapan mendapat maklumat buruk mengenai pencabarnya, Hillary Clinton. - AFP
Trump Bantu Anak Rangka Kenyataan Mengelirukan Trump Bantu Anak Rangka Kenyataan Mengelirukan Reviewed by Azmin on August 02, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.