KELANA JAYA: Walaupun pendapatan yang diterima hasil daripada kerja kampung dan menjual tanaman seperti sayur dan buah hanya cukup makan, namun ia bukan penghalang untuk mereka merealisasikan impian menunaikan haji.
Malah, hasil tabungan Mohamad Daud Mohamad Nor, 76, dan pasangannya, Che Mah Md Nor, 70, yang berasal dari Gemencheh, Negeri Sembilan selama 20 tahun itu mencukupi untuk membawa mereka ke tanah suci tanpa perlu meminjam daripada individu lain.
Mohamad Daud berkata, dia sebelum ini berazam untuk membuktikan bahawa kerja kampung boleh membawanya bersama isteri ke tanah suci apabila simpanannya sudah mencukupi.
“Walaupun simpanan itu mengambil masa kira-kira 20 tahun sebelum dapat menunaikan haji namun ia berbaloi kerana hasilnya adalah daripada kudrat sendiri tanpa bantuan individu lain.
“Saya bukannya tidak mahu mengharapkan bantuan daripada anak namun biarlah bersusah dahulu demi menunaikan haji,” katanya ketika ditemui di Kompleks Tabung Haji, di sini, semalam.-myMetro
Tunai Haji Dengan Hasil Jual Sayur
Reviewed by Unknown
on
August 01, 2017
Rating:
Reviewed by Unknown
on
August 01, 2017
Rating:

No comments: