Seo Services

Kerajaan Tarik Semula RUU Sistem Insurans Pekerjaan



KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia hari ini menarik semula Rang Undang-Undang Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (RUU SIP 2017) yang telah dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada 1 Ogos lalu.

Perkara itu diumumkan Menterinya, Datuk Seri Richard Riot Jaem dengan mengguna pakai Peraturan Mesyuarat 62.

Memetik kenyataan media yang dikeluarkan, Richard Riot berkata beliau akan membentangkan semula RUU SIP 2017 pada Selasa untuk bacaan pertama manakala bacaan kedua pada 25 atau 26 Oktober ini.

"Kerajaan amat komited untuk melaksanakan SIP mulai Januari 2018.

"Pelaksanan SIP akan merangkumi semua majikan dan pekerja di sektor swasta iaitu seramai lebih kurang 430,000 majikan dan 6.6 juta pekerja," katanya.

Skop kehilangan pekerjaan termasuk pemberhentian kerja biasa, skim pemisahan sukarela, force majeure, majikan yang melarikan diri, muflis, penutupan perniagaan, penyusunan semula perniagaan, lebihan pekerja, automasi dan seumpamanya.

Dalam temubual bersama Astro AWANI sebelum ini, Richard Riot berkata RUU itu telah mendapat persetujuan hasil rundingan tiga pihak melibatkan Kerajaan, majikan dan pekerja.

Malah, ujar beliau pihaknya juga telah mengadakan lebih 20 sesi perbincangan melibatkan pihak berkepentingan bagi memastikan jumlah caruman yang bakal dilaksanakan memberi manfaat besar kepada pekerja.

Katanya, dalam perbincangan itu majikan dan pekerja telah setuju bahawa jumlah caruman adalah 0.4 peratus iaitu 0.2 peratus caruman majikan manakala 0.2 peratus lagi melibatkan pekerja.- Awani
Kerajaan Tarik Semula RUU Sistem Insurans Pekerjaan Kerajaan Tarik Semula RUU Sistem Insurans Pekerjaan Reviewed by uMieySurianie on October 23, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.