KUALA LUMPUR - Kerajaan komited untuk mengguna pakai teknologi baharu yang lebih bersih dan mampan melalui pengurangan pelepasan karbon dalam pengangkutan di negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nancy Shukri berkata, pihaknya dapat melihat banyak pelaburan dalam hibrid, elektrik dan bus yang dikuasakan dengan gas asli diperkenalkan dalam sistem pengangkutan tempatan.
“Kita perlu membawa teknologi baharu seperti ini dalam ekosistem pengkatan awam darat, bukan sahaja untuk menjadikan lebih senang dan selesa kepada pelanggan tetapi juga dapat memenuhi komitmen negara untuk mengurangkan pelepasan karbon kepada 40 peratus menjelang 2020.
“Perkara ini sejajar dengan yang dipersetujui dalam Persidangan Deklarasi Klimak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 2014,” katanya dalam ucapan pembukaan Simposium Pengangkutan Awam Darat 2017 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
Kerajaan Komited Guna Pakai Teknologi Baharu
Reviewed by uMieySurianie
on
October 23, 2017
Rating:
No comments: