Seo Services

Konvensyen PBB Pada 9 Februari- Len


Persidangan Perwakilan Tri Tahunan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu(PBB) akan diadakan pada 9 Februari tahun hadapan.

Ahli Majlis Tertinggi PBB Datu Len Talif Salleh berkata, seluruh ahli parti telah bersiap sedia mengadakan persidangan tersebut dengan mengadakan pemilihan perwakilan di peringkat akar umbi.

Memetik laporan portal Dayak Daily, beliau berkata pemilihan akan dimulakan pada bulan November ini nanti dan selepas selesai pemilihan nama-nama perwakilan yang tersenarai akan dihantar ke Ibu Pejabat PBB.

Jelas Len, kesemua yang dipilih akan hadir ke persidangan perwakilan tri tahunan yang dijadualkan juga lebih dikenali sebagai Konvensyen PBB.

Konvensyen PBB yang sepatutnya diadakan Oktober ini ditangguh hingga tahun hadapan.

Mengulas lanjut mengenai persaingan diantara Ketua Pemuda Datuk Seri Fadillah Yusof dan ahli majlis tertinggi Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah beliau berkata ia tidak akan berlaku sama sekali.-Sarawakiana
Konvensyen PBB Pada 9 Februari- Len Konvensyen PBB Pada 9 Februari- Len Reviewed by Unknown on October 18, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.