Seo Services

Tumpahan Darah Haid Disangka Janin


Penemuan objek dikatakan 'janin' di dalam tandas sebuah stesen minyak di Machang yang tular di laman sosial Facebook sejak malam tadi disahkan bukan janin sebaliknya tumpahan darah haid.

Ketua Polis Daerah Machang Deputi Superintendan Dzulkifli Ab Ghani ketika dihubungi mengesahkan kejadian, berkata siasatan mendapati ketulan itu akibat tumpahan darah wanita tidak dikenali yang menggunakan tandas berkenaan.

Katanya, pihaknya menerima panggilan daripada kakitangan stesen minyak pada 12 tengah malam tadi, memaklumkan terdapat darah mencurigakan di dalam tandas.

"Sebaik menerima panggilan, sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan siasatan.

"Doktor yang dipanggil dalam siasatan turut mengesahkan ia bukan janin manusia, tetapi tumpahan darah (haid)," katanya hari ini.

Katanya, setakat ini individu yang mengalami tumpahan darah berkenaan belum dapat dikenal pasti.-myMetro
Tumpahan Darah Haid Disangka Janin Tumpahan Darah Haid Disangka Janin Reviewed by Unknown on October 18, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.