Seo Services

Pejuang Asing Di Iraq Disuruh 'Balik Kampung'


RIYADH: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Rex Tillerson, berkata sudah tiba masanya militia disokong Iran dan penasihat yang membantu Iraq menewaskan militan Daesh 'pulang ke tanah air'.

Kenyataan itu dikeluarkan dalam pertemuan bersama dengan pemimpin Iraq dan Arab Saudi.

Washington bimbang Iran, kuasa Syiah di rantau itu, mengambil kesempatan atas kejayaan menewaskan Daesh di Iraq dan Syria untuk meluaskan pengaruhnya seperti dilakukan selepas pencerobohan pada 2003 - tentangan sama Riyadh yang mengamalkan fahaman Sunnah.

"Militia Iran yang berada di Iraq, kini peperangan menewaskan Daesh semakin dekat dan mereka perlu pulang.

"Pejuang asing di Iraq perlu pulang ke negara asal dan membenarkan rakyat negara itu mengambil alih kawalan," katanya dalam sidang media bersama dengan Menteri Luar Arab Saudi, Adel Jubeir.

Ribuan rakyat Iraq menyahut seruan mengangkat senjata pada 2014 selepas Daesh merampas satu pertiga wilayah negara itu.

Mereka membentuk Pasukan Gerakan Popular (PMF) yang menerima bantuan kewangan dan latihan dari Tehran dan mengisytiharkannya sebahagian pasukan keselamatan Iraq.

Pegawai kanan AS berkata, Tillerson merujuk kepada PMF dan Pasukan Quds, unit separa tentera asing dan perisikan Pengawal Revolusi Iran yang berpengaruh. - Reuters
Pejuang Asing Di Iraq Disuruh 'Balik Kampung' Pejuang Asing Di Iraq Disuruh 'Balik Kampung' Reviewed by Azmin on October 23, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.