Seo Services

Video: Gunting Rambut Berapi… Anda Berani Cuba?


Kebiasaannya, peralatan seperti sikat, gunting dan mesin pemotong rambut sudah menjadi benda wajib yang boleh ditemui di kebanyakkan kedai gunting rambut.

Ia juga merupakan peralatan penting bagi seorang tukang gunting untuk memotong rambut pelanggan.

Bagaimanapun, lain pula caranya di sebuah kedai gunting rambut ini apabila menggunakan ‘taktik’ berbeza sehingga menarik perhatian ramai netizen di media sosial.

Percaya atau tidak, tukang gunting rambut di sebuah kedai di utara tanah air ini dikatakan menggunakan api untuk menggunting rambut pelangganynya.

Menerusi rakaman berdurasi satu minit 29 saat, tukang gunting itu pada mulanya dilihat meletakkan sejenis cecair seperti minyak ke atas rambut pelanggannya.

Dia kemudian menyalakan api dengan menggunakan pemetik api, membuatkan rambut pelanggannya itu terbakar sambil disemburkan air.

Lalu rambut yang masih berasap itu terus disikat secara rapi berkali-kali sehingga menjadi kemas, membuatkan netizen yang melihat aksi itu terus kagum dengan teknik itu.

“Fuh! Dah macam nak goreng char kuew tiow, tapi stlye jugak mamat ni buat, kemas,” komen seorang netizen.

Difahamkan, taktik ‘bakar rambut’ ini juga dapat meluruskan rambut yang tersimpul dan pada masa sama mematikan hujung akar rambut yang tidak sihat.

Malah jika ia dilakukan pada rambut panjang, ia mampu meluruskan rambut sehingga enam bulan dan tiga bulan buat rambut pendek.

Apa pendapat anda, adakah anda ingin mencuba teknik gunting rambut berapi ini?

Apa-apa pun kemahiran yang dipaparkan oleh tukang gunting rambut ini hanya boleh dilakukan oleh mereka yang cukup terlatih sahaja, jangan tiru dirumah pulak ya. – MYNEWSHUB.CC



Video: Gunting Rambut Berapi… Anda Berani Cuba? Video: Gunting Rambut Berapi… Anda Berani Cuba? Reviewed by Unknown on November 30, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.