TRAGIS…seorang remaja yang juga bintang YouTube kini mengalami ‘mati otak’ selepas ditembak di kepala dalam satu pergaduhan di Brazil.
Isabelly Cristine Santos, 14, ditembak di antara bandar Ipanema dan Praia de Leste. Tembakan itu dilepaskan ke arah kereta yang dinaiki oleh Santos selepas berlaku pertengkaran antara pemandu
Dia dikejarkan ke hospital namun keadaannya dilaporkan sangat serius.
“Doktor baru maklumkan bahawa dia kini `mati otak’,’’ kata ibunya.
Santos mempunyai saluran YouTube dikenali sebagai Isa Top Show dan mempunyai lebih 48,000 langganan.
Susulan itu dua lelaki telah ditangkap dan senjata yang digunakan turut dirampas. Mereka mempunyai rekod jenayah.
Setakat ini tidak dapat disahkan siapa yang memandu kereta yang dinaiki Santos. – Mynewshub.cc
Bintang YouTube ‘Mati Otak’ Selepas Ditembak Di Kepala
Reviewed by Unknown
on
February 20, 2018
Rating:
Reviewed by Unknown
on
February 20, 2018
Rating:

No comments: