Seo Services

Kekalkan Perpaduan & Kestabilan Politik Untuk Capai Status Negeri Maju



MIRI: Seluruh masyarakat di negeri ini harus mengekalkan perpaduan dan kestabilan politik bagi mencapai status negeri maju kata Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin.

Memetik laporan Utusan Borneo, katanya, kekuatan perpaduan sedia ada membolehkan Sarawak membentuk acuan kemajuannya sendiri.

“Kita tidak memerlukan orang luar untuk campur tangan dalam soal pembangunan kerana kerajaan negeri mempunyai acuannya untuk mentransformasikan Sarawak,” katanya di sini, semalam.

Tegasnya, rakyat perlu menolak ideologi negatif yang cuba memporakperandakan perpaduan dan keharmonian kaum di Sarawak yang cuba dibawa orang luar.

“Sebaliknya kita terus kekal bersatu padu dan berdiri teguh di belakang Ketua Menteri dalam usahanya menjadikan Sarawak negeri maju berpendapatan tinggi pada 2030,” katanya.

Katanya lagi, rakyat Sarawak harus berasa bertuah kerana dapat hidup dalam keadaan yang aman damai dan kaya dengan kepelbagaian kebudayaan serta perayaan.

Menurut Lee, bahkan perayaan pelbagai kaum setiap tahun diraikan secara aman dan harmoni menerusi penganjuran rumah terbuka.

Justeru tambahnya, hasil daripada kestabilan politik yang mantap memberi ruang kepada kerajaan untuk menyalurkan pelbagai projek pembangunan secara berterusan ke setiap pelosok negeri.

“Rakyat sedar bahawa sikap hormat menghormati tidak mengira kaum mahupun agama mampu memperkukuh politik pembangunan di negeri ini,” jelasnya. – Sarawakiana
Kekalkan Perpaduan & Kestabilan Politik Untuk Capai Status Negeri Maju Kekalkan Perpaduan & Kestabilan Politik Untuk Capai Status Negeri Maju Reviewed by uMieySurianie on February 19, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.