Seo Services

Media Cetak Masih Relevan Di Luar Bandar - Pemuda PBB


KUCHING: Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menganggap media cetak terutama surat khabar masih relevan pada masa sekarang walaupun dibanjiri pelbagai media baharu seperti portal berita dan media sosial.

Ketuanya, Gerald Rentap Jabu berkata, media cetak masih menjadi saluran informasi utama bagi penduduk luar bandar terutama untuk mendapatkan informasi mengenai dasar kerajaan yang memberi manfaat kepada rakyat.

"Penduduk luar bandar masih bergantung kepada surat khabar untuk mendapat maklumat terkini," katanya.

Terdahulu beliau bersama Naib Ketua Pemuda PBB Leonard Jambu mengadakan kunjungan mesra ke pejabat media sempena Tahun Baru Cina.

Menurut Gerald, kunjungan tersebut bertujuan untuk menghargai sumbangan warga media yang banyak membantu dalam menyampaikan informasi bermanfaat kepada rakyat terutama di luar bandar.-Sarawakiana
Media Cetak Masih Relevan Di Luar Bandar - Pemuda PBB Media Cetak Masih Relevan Di Luar Bandar - Pemuda PBB Reviewed by Unknown on February 14, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.