Seo Services

Serahkan Kepada Najib Tentukan Calon BN PRU14


KOTA BELUD – Pemimpin dan anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) disaran menyerahkan sepenuhnya soal pemilihan calon pilihan raya umum ke-14 (PRU14) kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bendahari UMNO Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata ini kerana selaku Pengerusi BN, keputusan yang dibuat oleh Najib yang juga Presiden UMNO adalah muktamad.

“Soal (pemilihan) calon itu bukanlah hak kita, soal calon adalah hak muktamad Presiden UMNO atau Pengerusi BN.

“Ini bukan lagi masa kita untuk melobi menjadi calon… era itu sudah berubah. Kita kena serahkan bulat-bulat kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan siapa calon yang akan dipertandingkan (pada PRU14).

“Yang harus kita perkuatkan adalah parti. Jadi, sesiapa sahaja dipilih pucuk pimpinan kita harus menyokong calon tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di kediaman Kapitan Cina Datuk Andy Chua di Kampung Timbol, dekat sini, hari ini. – BERNAMA
Serahkan Kepada Najib Tentukan Calon BN PRU14 Serahkan Kepada Najib Tentukan Calon BN PRU14 Reviewed by uMieySurianie on February 17, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.