LONDON: Seorang wanita yang meninggalkan nota pada ambulans dan mengarahkan petugas paramedik mengalihkan kenderaan berkenan, ditahan polis.
Mesej tulisan tangan itu ditinggalkan pada van yang diletakkan di ruang parkir sebuah rumah di Stoke-on-Trent, di tengah England, ketika petugas sibuk dengan insiden kecemasan.
"Jika kenderaan ini untuk mereka selain (pemilik petak parkir) Nombor 14, anda tidak berhak meletakkannya di sini," menurut nota berkenaan.
"Saya tidak peduli walaupun jalan di sini roboh. Sila alihkan kenderaan anda segera."
Nota itu menerima kecaman hebat di Britain selepas seorang mentor paramedik menyiarkannya di media sosial.
Komander polis tempatan memaklumkan wanita berusia 26 tahun itu ditahan atas kesalahan mengganggu tugas awam.
"Perkhidmatan kecemasan perlu dibenarkan menjalankan tugas tanpa rasa takut, dibuli dan berdepan sebarang ancaman," kata Ketua Inspektor John Owen menerusi Twitter miliknya.
"Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, penahanan ini perlu dilakukan kerana membabitkan penyalahgunaan lisan yang diakui melanggar Akta Ketenteraman Awam," katanya. - Reuters
Wanita letak nota kecam pada ambulans ditahan
Reviewed by Unknown
on
February 20, 2018
Rating:
Reviewed by Unknown
on
February 20, 2018
Rating:

No comments: