Seo Services

2 Apek Bertarung Lepas Minum Arak


Tidak dapat dinafikan, di dalam setiap persahabatan pasti sesekali terdapat perselisihan pendapat tentang sesuatu perkara sama ada kecil atau besar.

Justeru, tindakan susulan yang diambil oleh seseorang individu amat penting bagi memastikan masalah dapat diselesaikan dan keadaan tidak menjadi semakin keruh.

Namun, emosi sesetengah orang kadang kala tidak mampu dikawal menyebabkan situasi pergaduhan boleh berlaku terutama sekali apabila mereka sedang mabuk.

Itulah yang berlaku antara dua orang warga emas berbangsa Cina ini apabila rakaman video pergaduhan mereka tersebar di media sosial menyaksikan kedua-dua berlawan secara agresif menggunakan kudrat sedia ada.

Video berdurasi 70 saat yang dirakam menggunakan telefon pintar itu tular melalui laman sosial seperti Twiter dan Facebook serta menggelikan hati ramai netizen yang melihatnya.

Video tersebut yang menyaksikan dua lelaki tersebut, berbaju putih dan merah, dimulakan dengan hayunan kerusi plastik oleh lelaki berbaju putih yang mengenai lawannya itu.

Lelaki yang bertubuh lebih kecil itu kemudiannya menolak lelaki berbaju merah itu sehingga kedua-dua mereka terjatuh di atas sebuah kotak berisi tin kosong.

Jeritan daripada orang awam boleh didengari saat itu sebelum kedua-dua lelaki warga emas itu bingkas bangun dan menyambung pergaduhan mereka.

Kedua-dua lelaki tersebut kemudian bergelut sesama sendiri sebelum lelaki berbaju merah bertindak menumbuk muka lawannya bertubi-tubi sebelum lawannya itu juga membalas tumbukan.

Saat ini muncul seorang pemerhati di tempat kejadian cuba menenangkan keadaan namun lelaki berbaju putih itu kemudiannya hilang keseimbangan badannya dan jatuh terduduk.

Keadaan dilihat semakin tenang namun secara tiba-tiba lelaki berbaju merah itu mengangkat kerusi plastik yang berada di sebelahnya dan melakukan aksi seperti sering dilihat di dalam perlawanan gusti di televisyen.

Dia bertindak menghayun kerusi tersebut ke arah kepala lawannya itu namun lelaki bebaju putih itu sempat melindungi kepalanya dengan menghadang menggunakan tangan.

Semakin ramai orang awam mula mengerumuni tempat kejadian dan pada saat inilah kedua-dua lelaki tersebut seperti sudah penat sebelum tiba-tiba menghentikan pergaduhan fizikal mereka.

Namun, lelaki bertubuh lebih besar itu dilihat menuding jari mengatakan sesuatu kepada lawannya tetapi tidak dibalas sebelum video tersebut berakhir dengan lelaki berbaju putih berlalu pergi.

Sebelum kejadian, sekeping gambar tersebar di Twitter dengan kedua-dua lelaki itu duduk semeja beramah mesra dengan 10 tin arak yang masih belum dibuka.

Video ini nyata mendapat reaksi menarik netizen dengan rata-rata daripada mereka merasakan kejadian itu adalah lucu memandangkan kedua-kedua warga emas tersebut masih mahu gaduh bertumbuk walaupun sudah lewat usia.

Mereka dipercayai berkawan dan punca perselisihan faham antara mereka tidak diketahui namun dapat disahkan mereka berdua berjaya menghabiskan kesemua 10 tin arak tersebut yang menyebabkan berada dalam keadaan mabuk.

Menurut laporan menerusi media sosial, pertarungan lucu antara dua ‘pahlawan’ tersebut berlaku di Pasar Sibu, Sarawak pada petang Sabtu lalu. – MYNEWSHUB.CC/EZ
2 Apek Bertarung Lepas Minum Arak 2 Apek Bertarung Lepas Minum Arak Reviewed by Unknown on March 12, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.