Seo Services

Abang Jo Nak Umum Laluan LRT, DAP Sarawak Nak Kata Apa Lagi?


Sarawak bakal menikmati pengangkutan awam yang canggih serta murah pada masa hadapan.

Ia merupakan perancangan yang memberi impak positif terhadap rakyat negeri ini sekaligus membantu dalam peningkatan ekonomi.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menegaskan pembinaan LRT tetap akan dilaksanakan walaupun terdapat suara daripada pembangkang yang mempertikai usaha tersebut.

Malah pembangkang terutama DAP mendakwa perancangan membina LRT adalah cakap kosong (hot air) pihak kerajaan.

Abang Johari sudah mengarahkan agensi yang terbabit untuk mengkaji laluan dan pelaksanan LRT.

Perancangan teliti telah dibuat termasuk mengenalpasti laluan.

Pembinaan tersebut bukan mudah dan memerlukan penelitian mendalam walaupun pelaksanaannya mengambil masa.

Menurut Abang Johari, buat permulaan LRT akan dilaksanakan di kawasan Kuching terlebih dahulu dan laluan yang dibina akan diumumkan hujung bulan ini.

Daripada sudut kos, kerajaan negeri mempunyai cara untuk mendapatkan dana iaitu menerusi Bank Pembangunan Sarawak (DBOS).

Malah Abang Johari mahukan projek LRT diperluaskan laluan sehingga ke Miri pada masa hadapan jika faktor kos relevan.

Dengan adanya laluan LRT nanti, peluang pembangunan akan terbuka luas serta mengubah kehidupan rakyat ketahap berpendapatan tinggi sejajar dengan misi Sarawak mencapai negeri maju pada 2030.

Justeru pembinaan LRT negeri ini merupakan satu perancangan yang begitu teliti dan akan direalisasikan untuk kepentingan rakyat dan ia bukanlah seperti projek terowong dasar laut dan tiga lebuhraya Pulau Pinang.-Sarawakiana
Abang Jo Nak Umum Laluan LRT, DAP Sarawak Nak Kata Apa Lagi? Abang Jo Nak Umum Laluan LRT, DAP Sarawak Nak Kata Apa Lagi? Reviewed by Unknown on March 12, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.