Seo Services

Bayi 6 Bulan Maut Depan Ibu Sebelum Lif Rosak


Sebuah lif yang rosak telah terhempas ke atas seorang bayi berusia enam bulan hingga meninggal dunia dan beberapa minit kemudian, ibunya pula terkorban ketika membuang panggilan untuk merayu bantuan.

Ketika kejadian, Natalia Simonova, 38, yang menetap di tingkat sembilan sebuah flat di Rusia, membawa anaknya itu keluar berjalan namun lif itu terkandas di antara tingkat tiga dan empat.

Dia cuba membuka pintu lif dan kemudian menolak kereta sorong anaknya itu namun lif tiba-tiba bergerak ke atas dan bawah hingga menghempas bayi itu.

Natalia yang dalam keadaan panik dan terdesak telah menghubungi suaminya, Oleg yang berada di dalam rumah.

Dia menghubungi Oleg dalam keadaan menangis dan meraung sambil memberitahu anak mereka telah meninggal dunia.

Oleg bersama dengan seorang saudaranya kemudian bergegas turun. Dengan bantuan jiran, mereka cuba membuka pintu lif itu dan menarik keluar bayi yang berada dalam kereta sorong itu.

“Anak saya lenyek bersama kereta sorong itu, dia tergantung dengan kepala ke bawah. Kami memotong kereta sorong itu tetapi lif itu tiba-tiba bergerak lalu membunuh isteri saya juga.

“Jarak kematian mereka hanya lima minit,’’ katanya. Mayat isteri dan anaknya diletakkan di dalam satu keranda.

Susulan itu Oleg mahu menyaman pihak yang bertanggungjawab dalam kegagalan lif itu apatah lagi selama ini aduan telah dibuat oleh penduduk di situ.

Oleg dan Natalia mempunyai dua lagi anak iaitu Valeria, 14, dan Mikhail yang berusia lapan tahun.– MYNEWSHUB.CC

Bayi 6 Bulan Maut Depan Ibu Sebelum Lif Rosak Bayi 6 Bulan Maut Depan Ibu Sebelum Lif Rosak Reviewed by uMieySurianie on March 12, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.