KUALA LUMPUR - Saham-saham di Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini dengan sentimen didorong kenaikan semalaman di ekuiti Asia dan data perdagangan China yang kukuh.
Pada pukul 9.15 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,844.56, meningkat 4.94 mata daripada 1,839.62 ketika ditutup semalam.
Indeks itu dibuka 2.48 mata lebih tinggi kepada 1,842.1 pagi ini.
Peniaga berkata, pelabur tempatan mendapat sokongan selepas eksport China mencatatkan pertumbuhan lebih kukuh berbanding jangkaan pada Februari, menunjukkan pertumbuhan ekonominya dan dunia kekal berdaya tahan, walaupun hubungan perdagangan dengan Amerika Syarikat semakin buruk. - Bernama
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Reviewed by Unknown
on
March 09, 2018
Rating:
No comments: