![]() |
| gambar hiasan |
KUALA LUMPUR: Satu janin ditemui tersangkut pada batu di tebing Sungai Klang, belakang Kondominium Bestari off Jalan Putra, di sini, pagi tadi.
Janin yang mempunyai bahagian kepala, kaki dan tangan itu ditemui pekerja kontraktor pembersihan di sekitar kawasan kondominium berkenaan jam 11.40 pagi, yang kemudiannya memaklumkan kepada Balai Polis Chow Kit.
Berikutan itu, sepasukan anggota polis dihantar ke lokasi dan janin dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah, yang mengesahkan penemuan janin itu, berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyembunyikan kelahiran.
Justeru, beliau meminta klinik dan pengamal perubatan yang mempunyai maklumat berhubung kelahiran janin itu supaya memaklumkan kepada polis.-BHOnline
Janin ditemui di tebing sungai
Reviewed by Unknown
on
March 12, 2018
Rating:
Reviewed by Unknown
on
March 12, 2018
Rating:

No comments: