Seo Services

Juara Dunia 100m Tewas


PRETORIA: Juara dunia acara lari 100 meter, Justin Gatlin hanya mampu menduduki tempat keempat acara 150 meter ketika bertanding di Grand Prix Olahraga di sini awal pagi ini.

Sebaliknya dalam kunjungan pertamanya untuk berlumba di Afrika Selatan ini, pelari dari Amerika Syarikat itu dikejutkan atlet tuan rumah, Anaso Jobodwana yang menjuarai perlumbaan itu dengan catatan masa 15.08 saat.

Gatlin yang pernah dua kali digantung kerana positif doping memberi alasan kepenatan penerbangan sebagai punca kegagalannya apabila hanya mampu mencatat masa 15.23 saat.-Agensi/Utusan Online

Juara Dunia 100m Tewas Juara Dunia 100m Tewas Reviewed by Unknown on March 09, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.