Seo Services

Kambing 2 Muka Dilahirkan Di Pakistan


ISLAMABAD: Satu rakaman video yang memaparkan seekor anak kambing yang dilahirkan dengan dua muka termasuk dua mulut dan empat mata di Pakistan kini tular di media sosial.

Rakaman video berkenaan menunjukkan haiwan itu yang dipercayai baru dilahirkan diberi minum susu oleh pemiliknya.

Video itu dipercayai dirakamkan di satu lokasi di Rawalpindi, Pakistan tetapi keadaan haiwan berkenaan tidak diketahui.

Pakar memberitahu, keadaan anak kambing itu dikenali sebagai dicephalic parapagus iaitu dilahirkan dengan dua kepala dan satu badan.

Setiap kepala haiwan itu mempunyai otak yang berasingan dengan ia berkongsi kawalan pada organ dan anggota badan lain.

Biasanya, haiwan yang dilahirkan dengan keadaan seperti itu hanya hidup selama beberapa bulan.

Menurut laman sesawang Newsflare, walaupun keadaan itu sangat jarang ditemui, haiwan yang dilahirkan dengan dua kepala direkodkan sejak 1800-an lagi.

Sebelum ini beberapa video yang tular memaparkan kambing yang dilahirkan dengan dua kepala tetapi mati tidak lama selepas dilahirkan. - Agensi
Kambing 2 Muka Dilahirkan Di Pakistan Kambing 2 Muka Dilahirkan Di Pakistan Reviewed by Unknown on March 12, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.