Seo Services

Manifesto pakatan harapan menakutkan penjawat awam – Cuepacs

KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) bimbang cadangan manifesto Pakatan Harapan (PH) untuk menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan membawa kepada pembuangan kakitangan-kakitangan awam.

Presidennya berkata, PH sedar atau tidak dana yang diperoleh dari GST digunakan untuk diagihkan kepada kelompok rakyat yang memerlukan, juga untuk membayar operasi kerajaan.

“Kalau pendapatan sebanyak RM40 bilion itu hendak dihapuskan macam mana kerajaan hendak berbelanja. Hendak bantu rakyat miskin, belanja operasi dan sebagainya.

“Adakah ini petanda PH mahu mengurangkan jumlah kakitangan awam seramai 1.6 juta seperti yang pernah dilaung-laungkan dahulu.

“Sesungguhkan manifesto PH tidak ada kelestarian kepada penjawat-penjawat awam, malah ia menakutkan kami. Apatah lagi mahu menghapuskan tol dan menangguhkan pembayaran PTPTN. Kalau semua dihapuskan apa sumber kewangan negara?,” katanya kepada theRakyat.

Tambah beliau, jika kekurangan dana untuk beroperasi, tidak mustahil ada kementerian, jabatan atau agensi kerajaan akan ditutup dan terpaksa bergantung kepada penyumberan luar.

Dalam keadaan sekarang, Cuepacs yakin dengan langkah-langkah kerajaan dalam mendepani masalah semasa dan melangkah ke hadapan.

“Kalau ditanya sudah tentu rakyat mahu kualiti kehidupan pada masa depan, tidak ada sesiapa pun mahu merasai kehidupan lampau.

“Lebih penting, kita berpegang kepada jaminan Kerajaan Barisan Nasional yang tidak akan mengurangkan bilangan penjawat sedia ada,” kata Azih. – theRakyat
Manifesto pakatan harapan menakutkan penjawat awam – Cuepacs Manifesto pakatan harapan menakutkan penjawat awam – Cuepacs Reviewed by Admin on March 12, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.