Seo Services

Mayat Warga Myanmar Ditemukan Dipercayai Dibunuh



KUALA LUMPUR – Mayat wanita warga Myanmar ditemukan dengan beberapa kesan kecederaan di muka dan tangan dipercayai dibunuh di rumahnya di Pandan Indah di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Hamzah Alias berkata mangsa berusia 40-an dijumpai rakannya pada kira-kira pukul 2.30 petang sebelum memaklumkan penemuan itu kepada polis.

“Rakan mangsa pergi ke rumah selepas gagal menghubunginya. Dia bertindak memecahkan jeriji pintu setelah mendapati pintu rumah terbuka selain mendengar anak lelaki mangsa berusia empat tahun menangis.

“Mangsa ditemukan terlentang di atas katil dengan muka serta tangannya lebam manakala terdapat kesan darah di tilam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata seorang lelaki warga Myanmar berumur 26 tahun ditahan pada hari sama dan direman selama tujuh hari sehingga Isnin untuk membantu siasatan.

Hamzah berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – BERNAMA
Mayat Warga Myanmar Ditemukan Dipercayai Dibunuh Mayat Warga Myanmar Ditemukan Dipercayai Dibunuh Reviewed by uMieySurianie on March 13, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.