Seo Services

Najib, Zahid Hadir Forum Perdana Anjuran Bakti

Foto BERNAMA
PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri Forum Perdana Ehwal Islam anjuran Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) di Seri Perdana, di sini, malam ini.

Hadir sama, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor yang juga Yang Dipertua Bakti serta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis.

Turut serta, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, menteri-menteri kabinet dan menteri-menteri besar.

Forum bertajuk "Seiring Sejalan" itu menampilkan tiga panelis terkenal iaitu Datuk Kazim Elias, Ustaz Syamsul Amri Ismail atau lebih dikenali sebagai Syamsul Debat dan pensyarah Universiti Teknologi Malaysia Datuk Dr Norhafizah Musa.

Ustaz Zakaria Othman dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bertindak sebagai moderator forum berkenaan.

Forum itu antara lain menyentuh soal budaya seiring sejalan dalam kepimpinan negara, masyarakat dan rumah tangga, menguruskan perselisihan dan perbezaan serta menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama.

Forum selama satu jam setengah itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Seramai 400 tetamu menghadiri forum itu antaranya anggota Bakti, wakil Persatuan Keluarga Polis (Perkep), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (Bakat), Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) dan pelajar universiti. - Bernama
Najib, Zahid Hadir Forum Perdana Anjuran Bakti Najib, Zahid Hadir Forum Perdana Anjuran Bakti Reviewed by uMieySurianie on March 09, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.